iklan a

kik

Sunday, 10 August 2014

POSMEN HILANG KAKI KIRI AKIBAT TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN | Seorang posmen putus kaki kiri selepas terbabit kemalangan di Jalan Rim ketika sedang bertugas menghantar surat di sekitar lokasi berkenaan. 

Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa bergesel dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia awal 20-an.  Ketika kejadian, kereta terbabit dikatakan membelok ke kiri lalu bergesel dengan motosikal mangsa menyebabkan Khairul Zamry terjatuh dari motosikal dan mengalami kecederaan parah putus kaki kiri dari paras betis.


Mangsa dihantar ke Hospital Jasin sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian dan berkata mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Melaka.

0 comments:

Post a Comment

iklan d