MH17 : PETUGAS KHAS PDRM SELAMAT TIBA DI KLIA | Sepang: Kumpulan kedua petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada 11 anggota dan pegawai forensik yang menyertai pasukan penyiasat antarabangsa MH17 di Ukraine selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Ukraine kira-kira jam 5.45 petang tadi.
Ketibaan mereka disambut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohmad Salleh pada satu majlis ringkas sambutan pasukan itu di sini.
GAMBAR HIASAN
Mohmad Salleh berkata, pasukan forensik PDRM itu sudah berada di Ukraine sejak 18 Julai lalu bagi menyertai pasukan siasatan dan forensik antarabangsa terutama bagi melakukan bedah siasat terhadap mayat mangsa nahas MH17.
"Saya difahamkan kira-kira 91 petugas khas PDRM yang dihantar ke Ukraine bagi menyertai pasukan penyiasat antarabangsa menyiasat MH17 yang mana 27 daripadanya sudah tiba di tanah air pagi tadi selain 11 anggota dan pegawai forensik petang ini," katanya ditemui tadi.
Katanya, kumpulan 11 anggota dan pegawai ini terbabit selama 22 hari dan kumpulan pertama daripada 19 anggota forensik menyertai pasukan Pengenalan Mangsa Tragedi (DVI) MHI antarabangsa di Kem Hilversum, Belanda.
0 comments:
Post a Comment