iklan a

kik

Sunday, 10 August 2014

HAIWAN BERSELFIE, MANUSIA PULA YANG NAIK ANGIN  | Melihat binatang berselfie, itu adalah antara perkara ajaib yang barangkali 1 dalam sejuta. Bila monyet berselfie, manusia pula yang bergaduh. Itu berlaku kepada seorang jurugambar, David Slater, yang tidak gembira apabila gambar selfie monyet itu digunakan oleh Wikipedia secara percuma.

Slater kemudiannya meminta Wikipedia supaya memadamkan gambar berkenaan dengan segera dari dalam laman webnya namun tidak dihiraukan oleh Wikipedia.
Ia juga kini menjadi pertelingkahan melibatkan isu hak cipta antara Wikipedia dan Slater yang juga seorang jurugambar hidupan liar.


Menurut Slater, gambar selfie itu dirakamkan ketika dia berada di hutan Indonesia pada 2011. Walaupun monyet itu yang menekan butang kamera untuk merakamkan selfie itu, namun Slater mendakwa dia terpaksa menyediakan tripod dan input lain untuk menjayakannya.
“Ia bukannya monyet itu yang mencuri kamera, lari ke dalam hutan dan merakamkan gambar sendiri sebaliknya saya terpaksa menyediakan semua input lain,’’ katanya.

Bagaimanapun yayasan Wikimedia, iaitu kumpulan yang berada di belakang laman web berkenaan pula berpandangan Slater tidak memiliki hak cipta ke atas gambar berkenaan kerana dia tidak merakamkan gambar berkenaan.
“Tiada sesiapa pun yang memiliki hak cipta ke atas imeh berkenaan kerana di bawah undang-undang Amerika Syarikat, hak cipta tidak boleh dimiliki oleh bukan manusia.
“Kami memandang isu ini dengan serius dan selepas kajian lanjut dijalankan kami percaya gambar itu hak umum,’’ kata yayasan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

iklan d