iklan a

kik

Thursday, 14 August 2014

TPM MENGANGGAP PKR PERLU BERTANGGUNGJAWAB | Bentong: Krisis jawatan Menteri Besar Selangor sehingga membawa pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli seumur hidup PKR menunjukkan kerakusan kuasa parti berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKR perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas krisis berkenaan dan menyelesaikannya secepat mungkin bagi mengelakkan rakyat negeri itu terus menjadi mangsa. 


Katanya, kerajaan pusat dan Barisan Nasional akan meneliti senario luar biasa itu sebelum sebarang tindakan susulan diambil jika keadaan memerlukan. 

"Ini adalah masalah dalaman mereka dan kita tidak tidak boleh mencampuri urusan mereka untuk mengelakkan kita dilihat seakan mempunyai kepentingan dalam krisis ini.


"Keadaan sekarang tidak menentu bagaimanapun kita perlu melakukan persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.



Keutamaan kita adalah rakyat negeri Selangor," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong, di sini, sebentar tadi. 

0 comments:

Post a Comment

iklan d