DIROMPAK PUNCA KEHILANGAN WANG PERNIAGAAN | Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat satu kisah yang berlaku pada diri sendiri pada tahun 2007. Satu hari aku ke Bank CIMB Cawangan Balakong (tak pasti masa tu bank tu dah guna nama CIMB ke belum) tujuan mengeluarkan sejumlah wang untuk keperluan bisnis. Rancangan awal nak bawa teman tapi kawan-kawan sibuk jadi pergilah sendiri.
GAMBAR HIASAN
Bank tersebut terletak di tepi jalan utama jadi agak susah nak dapat parking depan pintu bank. Setelah tawaf dua tiga kali akhirnya dapat parkir di depan sebuah kedai yang jaraknya lebih kurang 80 meter dari bank. Memang tak ada rasa apa-apa pun melangkah terus masuk bank yang bukan kali pertama dah selalu sehingga kerani bank pun dah kenal.
Seperti biasa nak keluar duit kena isi borang. Tapi pelik pulak kali ini pak cik guard asyik menyibuk tepi aku nak mengajar aku isi borang. Tak de lah aku nak marah tapi selindung jugalah jumlah yang aku nak tulis sebab boleh tahan banyak juga. Selepas isi borang seperti biasa tunggu giliran.
Sampai giliran, aku ke kaunter dilayan kerani perempuan. Proses agak lama borang pengeluaran aku di bawa masuk ke dalam katanya untuk tanda tangan pegawai. Aku pernah keluarkan wang lebih banyak dari ini tetapi tidak lah selama ini. Sabar menanti selepas lebih 10 minit baru dapat duit yang diletakan dalam sampul surat putih besar.
Dengan gaya bersahaja aku pun keluar dari bank tersebut sambil mengepit sampul surat berisi wang di ketiak tapi sempat juga toleh kanan kiri sebelum keluar. Sedang aku melangkah di kaki lima kedai menuju ke kereta tiba-tiba sebuah kereta toyota camry baru berhenti secara mengejut di hadapan aku. Dengan pantas keluar dua lelaki India dan seorang lelaki Indonesia terus menerpa aku dengan dua bilah parang panjang dihunus ke perut aku dan seorang lagi menarik kuat sampul surat yang berisi wang.
Dalam beberapa saat aku sempat berfikir nyawa lebih penting dari duit jadi tidak melawan dan membiarkan perompak tersebut mengambil wang tersebut. Penyamun tersebut bergegas masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh seorang India dan berlalu dengan pantas tanpa sempat aku mengambil nombor plat kereta.
rompakan bank
Bigung jugalah sehingga tak terfikir nak buat laporan polis. Yang terfikir mungkin kejadian ini salah satu cara ALLAH nak ambil duit aku kerana tak cukup bayar zakat atau mungkin cara ALLAH nak bersihkan harta yang ada.
Sebenarnya bukan aku je sorang yang kena pernah terbaca emak Redmummy pun pernah ditimpa nasib yang sama. Pelik macam mana perompak boleh tuju tepat pada aku yang sedang bawa duit banyak. Adakah ada spy dia dalam bank yang memerhati gerak geri aku teknik seperti dalam entri INI atau adakah pak cik guard punya angkara atau pegawai bank yang segaja melewat-lewatkan urusan pengeluaran duit yang bersubahat.
Sesungguhnya ALLAH SWT pasti tahu dan kepada yang terlibat ada ganjaran untuk mereka di dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment