iklan a

kik

Wednesday, 20 August 2014




YUNALIS ZARAI : HANYA MEMAKAI PAKAIAN YANG MEMBERI KESELESAAN | Baru-baru ini penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, Yunalis Zarai atau pun lebih dikenali sebagai Yuna telah memuat naik gambarnya di laman sosial dengan penampilannya yang agak berbeza daripada biasa kerana peminat-peminatnya mengenalinya dengan fesyen turban yang lebih bersifat urban dan terkini.

Terbaru ketika bertemunya di pelancaran Coffee Planet di Nu Sentral kelmarin dia dengan tegasnya menjelaskan bahawa tidak perlulah masyarakat memperbesarkan isu tersebut kerana baginya tidak ada masalah untuknya berpakaian sebegitu kerana dia hanyalah pulang ke kampung dan bukannya membuat persembahan.


“Saya rasa isu itu tak perlulah untuk diperbesarkan kerana apa yang penting pakaian saya masih menutup aurat dan sopan. Lagipun saya hanya pulang ke kampung takkanlah hendak melaram seperti mana saya mahu membuat persembahan. Sama juga seperti saya keluar berjalan-jalan minum kopi takkanlah hendak pakai pakaian yang sebegitu”

”Jadi saya hanya memakai pakaian yang membuatkan saya berasa selesa dan masih kekalkan ciri-ciri kesopanan sebagai wanita yang berhijab,“ katanya.

Sementara itu, isu Palestin dan Israel turut mendapat perhatian daripada penyanyi antarabangsa ini apabila dia turut memberikan pandangan mengenai isu boikot yang dijalankan di Malaysia.

Baginya boikot untuk sesuatu produk adalah hak individu dan kajian secara menyeluruh perlulah dikaji bagi setiap produk agar ianya memberikan kesan yang baik kepada ekonomi negara.

“Boikot itu adalah hak masing-masing, tetapi perlulah dibuat kajian yang menyeluruh terhadap sesuatu produk tersebut supaya boleh memberikan kesan yang baik kepada ekonomi negara. Isu yang melibatkan peperangan di Palestin adalah isu yang melibatkan politik dan ini juga turut berlaku di Myanmar, Syria, Iraq dan negara-negara lain lagi”


“Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sentiasa berwaspada dengan apa yang telah berlaku dan hulurkanlah bantuan sekiranya diperlukan,“ tambahnya lagi.

Di majlis pelancaran itu juga, Yuna sempat menghiburkan ribuan peminatnya dengan beberapa buah lagu yang dipetik daripada albumnya yang terbaru. Antaranya ialah, Coffee, dan Mountain. Selain itu dia turut mendendangkan lagu-lagunya yang popular seperti Terukir di Bintang, Lelaki, Rescue, dan Comeback. Bagi peminat Yuna juga anda boleh menyaksikan penyanyi ini membuat persembahan di MTV World Stage 2014 di Sunway Lagoon, Sabtu ini.





0 comments:

Post a Comment

iklan d