ZUL ARIFFIN : PEMINAT FANATIK UGUT BUNUH PASANGAN | Boleh tahan juga fanatik & cemburu buta peminat selebriti di Malaysia ketika ini terhadap pelakon yang kini sedang menjadi bualan hangat, Zul Ariffin selepas lakonan beliau dalam drama bersiri di TV3 berjudul Rindu Awak 200% melekat di hati peminat.
Harian Metro hari ini melaporkan yang Zul Ariffin ada menerima satu mesej ringkas (SMS) yang tidak diketahui siapakah pengirimnya mengugut mahu membunuhnya kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai dek kerana tidak berpuashati dengan hubungan cinta mereka.
Gayatri yang juga kini merupakan Naib Presiden Astro Shaw menjalin hubungan cinta dengan Zul Ariffin sejak penghujung tahun 2012 yang dan nampaknya masih ramai yang belum mengetahui hubungan mereka berdua lantaran sikap low-profile kedua duanya.
Zul Ariffin mengulas perkara ini berkata pada mulanya hanya ketawa apabila menerima mesej itu namun kemudian sedar yang ianya berkemungkinan serius dan turut menasihati teman wanitanya itu untuk lebih berhati hati selepas ini.
0 comments:
Post a Comment