iklan a

kik

Sunday, 17 August 2014

LEMBAGA BERAMBUT PANJANG KELUAR DARI BADAN KAWAN | Kuching: “Saya melihat satu lembaga berambut panjang keluar daripada badan rakan yang dirawat seorang ustaz dan menuju ke arah saya.

“Selepas itu, saya terus tidak sedarkan diri,” kata Akilah Mansur, 17.

KAKAK kepada pelajar yang mengalami histeria, Azian Ibrahim (kanan) menunjukkan luka dialami adiknya, Natasha.

Dia antara 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia, di sini, yang diserang histeria ketika perhimpunan pagi di dewan sekolah, Isnin lalu dan berulang lagi, semalam.

Masalah itu yang dikatakan bermula sejak Jumaat minggu lalu memaksa pihak pengurusan menutup sekolah itu enam hari, bermula semalam.



Mengimbas kejadian Isnin lalu, Akilah berkata, pada mulanya dia cuba menenangkan beberapa rakannya yang ketakutan selepas diserang histeria.

0 comments:

Post a Comment

iklan d