PIALA MALAYSIA DI CEMAR DENGAN KES "CURI PEMAIN" | KERANCAKAN kempen Piala Malaysia musim ini belum lagi bermula namun sindrom mencuri pemain kembali berleluasa dengan pasukan yang tidak mempunyai kantung kewangan kukuh bakal berdepan tempias kehilangan ramai tonggak utama.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dipetik menerusi laman Facebooknya hari ini, menzahirkan kekecewaan dengan situasi terkini melanda pasukannya yang mungkin tewas buat kali kedua dengan kuasa beli wang ringgit.
“Perbuatan dan percubaan curi pemain bermula lagi. Ada pasukan dan pemain mula tawar-menawar diri tanpa melalui kelab.
“Pemain yang masih dalam kontrak pun cuba melakukan perkara sama. Beberapa pasukan dengan ‘dana mewah’ mula buat kerja tidak profesional ini.
“Mereka mengintai pemain tamak dan menawarkan gaji secara ‘out bid’,” katanya.
Mengulas perkembangan sama, Annuar turut meminta pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya membuka mata berhubung perkara ini.
“Bilakah "financial FairPlay" rule nak dilaksanakan atau FAM akan terus berkulit baharu tetapi isinya masih lagi isi yang sama?” ujarnya lagi.
0 comments:
Post a Comment