iklan a

kik

Saturday, 9 August 2014

EMPAT KEYBOR WORRIOR FACEBOOK SEDANG DIBURU | Hati hati ketika menulis sesuatu di media social dan kini dilihat semakin ramai yang muncul sebagai keyboard warrior. Kali ini, polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan empat pemilik Facebook dan seorang lelaki di YouTube bagi membantu siasatan membabitkan penghinaan terhadap agama dan sensitiviti perkauman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pemilik Facebook itu adalah Vignamona VM, Kelvin Yap, Persatuan Kongsi Gelap Melayu dan Mohd Adam Asyiq Balasubramaniam. 


Polis turut mencari seorang lelaki Cina yang kelihatan di YouTube sedang menendang seorang lelaki di Stesen LRT Sri Petaling. 

"PDRM menyarankan semua pihak tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyemarakkan sentimen perkauman dan keagamaan kerana ia mampu menggugat keharmonian kaum dan ketenteraman awam.

"Tindakan tegas akan diambil antaranya mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan jika disabit kesalahan boleh di penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita pada sidang di Bukit Aman, tadi.

Beliau berkata, tohmahan sesetengah pihak polis mengamalkan penyiasatan terpilih adalah tidak benar. 

"Semua pihak harus faham dalam proses siasatan, keterangan dan bukti yang kukuh mesti diperoleh bagi membolehkan mana-mana individu didakwa," katanya.

Gunakan facebook sebaiknya dan elakkan dari mengamalkan sikap perkauman yang akan memakan diri sendiri. Sama sama lah kita bersatu dalam 1 negara yang aman. 

0 comments:

Post a Comment

iklan d