NORA DANISH : MENGAMBIL KEPUTUSAN DEMI AGAMA | | Jika gossip ini datang dari laman web pihak pengurusan Nora Danish sendiri, pastinya ada walau sedikit kebenaran disebaliknya. Heh. MiG Online baru baru ini menulis perihal khabarnya artis mereka yang seorang ini telah mengambil keputusan baik demi kepentingan umat Islam.
Nora Danish khabarnya ditawarkan untuk menjadi duta beberapa produk penjagaan diri harian dengan setiap satunya bernilai enam (6) angka namun apabila mengetahui barangan tersebut termasuk dalam senarai barangan keluaran Yahudi, Nora Danish tanpa teragak-agak menolak untuk menjadi duta barangan-barangan tersebut secara baik.
Walaupun tidak dinyatakan jenama produk yang dimaksudkan, nampaknya tindakan Nora Danish ini jika benar adalah sesuatu yang wajar dicontohi — tidak memilih dalam memboikot demi kerana wang — tetapi lebih kepada sifat kemanusiaan sejagat.
0 comments:
Post a Comment